Nota


Pengertian Ilmu Tajwid 
  • Dari segi bahasa - Mengelokkan atau mencantikkan.
  • Dari segi istilah - Suatu ilmu untuk mengetahui cara melafazkan huruf-huruf al-Quran dengan betul
Hukum Ilmu Tajwid
  • Mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu Kifayah. Mempraktikkannya dalam bacaan adalah fardhu Ain. 
Dalil Wajib Mempraktikkan Tajwid Dalam Pembacaan
  • Adalah suatu yang tiada diragukan bahawa membaca al-Quran secara bertajwid adalah suatu kewajipan seperti yang telah jelas melalui dalil al-Quran :
Firman Allah s.w.t :
                        
                          ورتل القرءان ترتيل 

Maksudnya : Bacalah al-Quran itu dengan Tartil (bertajwid).                 
                                                                                             (Surah al-Muzammil : 4)

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah s.w.t memerintahkan Nabi s.a.w membaca al-Quran yang diturunkan kepadanya itu dengan Tartil, iaitu mengelokkan sebutan setiap huruf-hurufnya yakni membacanya secara bertajwid. Ini membuktikan bahawa bacaan al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w adalah bacaan secara bertajwid bukan sekadar bacaan biasa sahaja.



Hukum Nun Sakinah dan Tanwin

Pengertian Nun Sakunah dan Tanwin
  • Nun Sakinah ialah nun sukun yang tidak berbaris atau lebih dikenali sebagai nun mati. Nun sakinah adalah suara yang keluar dari pangkal hidung dan ia akan mengeluarkan suara dengung atau sifat ghunnah sebagai suatu ciri yang mesti ada pada nun sakinah.
  • Tanwin ialah baris dua sama ada baris dua diatas (fathataan), baris dua di bawah (kasrataan) atau baris dua di hadapan (dhommataan). Tanwin adalah suatu yang bernun iaitu baris yang menegluarkan suara nun sakinah secara tidak langsung (zaidah) walaupun nun tersebut tidak kelihatan.
Terdapat enam hukum bagi Nun Sakinah dan Tanwin apabila bertemu huruf-huruf abjad dalam al-Quran iaitu:
  1. Izhar Halqi
  2. Idgham Ma'al Ghunnah
  3. Idgham Bila Ghunnah
  4. Izhar Mutlaq
  5. Iqlab
  6. Ikhfa' Haqiqi
 Pada kali ini ustazah hanya akan menyatakan 2 hukum sahaja

  1. Izhar Halqi
Apakah yang dimaksudkan dengan Izhar Halqi ?
  • Dari segi bahasa, Izhar bererti jelas atau nyata. Halqi pula bererti kerongkong.
  • Dari segi istilaah ; Izhar Halqi bermaksud melafazkan  nun sakinah dengan jelas tanpa dengung.
Huruf-huruf Izhar Halqi
  • Terdapat 6 huruf Izhar Halqi kesemuanya iaitu  ء هـ ع ح غ خ
Cara Bacaan :
  • Hendaklah dijelaskan sebutan Nun Sakinah dan Tanwin tanpa mendengungkannya. 
   2.  Idgham Ma'al Ghunnah

Pengertian Idgham
  • Dari segi bahasa, Idgham bererti memasukkan atau menggabungkan. Dari segi Istilah, Idgham bermaksud menggabungkan suara huruf yang sukun ke dalam huruf yang berbaris.
Huruf-Hurufnya :
  •  Idgham Ma'al Ghunnah kesemuanya ada 4 iaitu  ي و م ن 
Cara Bacaan :
  • Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu huruf-huruf ini maka hendaklah digabungkan bacaan nun itu kedalam huruf selepasnya kemudian didengungkan. Maka suara nun akan lenyap dan yang jelas didengari adalah suara huruf-huruf idgham itu. Kadar dengungnya adalah kadar 2 harakat.






No comments:

Post a Comment