Wednesday, June 12, 2013



Kejutan dari mereka...

Pada hari terakhir, kelas yang terakhir Program Mukhayyam 31 Mei 2013..
Sebelum saya menutup kelas, Dalia berkata " Ustazah sekejap, ".
Tiba-tiba, mereka pun mendendangkan lagu Selamat Hari Lahir bersama..
Sempat untuk dirakam kebetulan, saya memang membawa DSLR ke kelas tersebut.
Sangat terharu, walaupun tarikh 5 Jun 2013 belum tiba, dan disebabkan Cuti Pertengahan Tahun 
mereka mengambil kesempatan ini untuk mengucapkannya lebih awal..

Saya pun berkata... "Jangan lupa doakan ustazah untuk kebaikan di dunia akhirat ".
Salah seorang dari mereka membalas " Insya Allah akan sentiasa kami doakan termasuk dipercepatkan.... " 








Nukilan : Ustazah Noryati.



Thursday, June 6, 2013

Aktiviti Puteri Islam Taayah

Aktiviti yang dilakukan oleh oleh Ahli Persatuan Puteri Islam Sekolah Raja Perempuan Taayah iaitu menyediakan koktil. dibawah adalah antara gambar aktiviti yang dilakukan oleh ahli perstuan Puteri Islam dalam menyediakan koktil buah-buahan.



Saturday, May 25, 2013

Friday, May 24, 2013

Bersama Cikgu Ross..MAKAN SAMBIL MEMERHATI


DuRiAn DaN sEL

Arrayanians sedang makan dengan riang

Pelbagai gelagat arrayanians apabila mendapat durian..



habis makan... aktiviti mengutip sampah tidak dilupai...



Sambil enak menikmati durian, pelajar 1Ar-Rayyan dapat mengetahui sel yang digunakan semasa membuat sebarang pergerakan badan seperti menyuap durian ke dalam mulut, bersembang dan mengopek durian. Pelajar juga dapat mengetahui sel yang digunakan semasa mengenalpasti buah durian dan rasa durian melalui pemerhatian dan deria sentuhan serta deria rasa.

Thursday, May 23, 2013


Ustazah Noryati - Kelas Muroja`ah 





Mengambil inisiatif untuk menghilangkan rasa mengantuk para pelajar pada kelas tambahan tahfiz sesi petang,kelas diadakan di kawasan refleksologi. Di samping itu, dapat juga memberi kesempatan kepada pelajar menghirup udara petang yang nyaman dan harmoni. Ustazah juga mempelbagaikan kaedah muroja`ah(mengulang). Alhamdulillah... pelajar lebih fokus dan bersemangat.

~ Mereka...     Jinul Qurana Mutaharrik.. 
            Generasi Al-Quran Yang Bergerak~
Pn. Syahadah's English Class
 

The girls were sitting for an essay test. I guest it must be very difficult by looking at their gestures now..